healthywonderland.blogspot.com

Sunday, 27 September 2015

BAHASA STARBUCKS

BAHASA STARBUCKS / KOPI

monday, september 28, 2015
Starbuck mempunyai bahasa mereka sendiri tidak seperti coffee bean. Ada antara daripada kita mengomel dan ada antaranya tidak pasti apa yang mahu di “order” mungkin kerana malu untuk bertanya dengan barista.  Barista starbucks mempunyai satu konsep dimana mereka menganggap semua yang masuk ke kedai mereka adalah tetamu dan jika anda perasaan layan coffee bean dan starbuck adalah jauh berbeza.Saya lebih selesa starbuck kerana aroma kopinya lebih asli tetapinya lebih kepada kopi moden atau kopi Bandar.  Ada setengah daripada kalangan kita tidak boleh menerima kopi lain kerana bancuhannya berbeza. Contohnya saya tidak boleh minum kopi daripada old town kerana kandungan dia akan membuatkan saya mabuk. Ting tong…sampai meleleh air liur ada setengah tu….boleh migraine.
Berkongsi sebentar sedikit ilmu barista ,suraya pun pernah kongsi sedikit ilmu dia. Dia ni master of beverage. Aku rasa dia boleh buka koptiam tapi minatnya lebih kepada pendidikan.Apa ceritalah minah ni. Busy lately ni.
Memula tahu rasa kopi anda antara faktor utama dalam pemilihan air anda
Asas jenis kopi
            
1.    Brewed: bancuhan kopi sama ada dengan air atau susu 




2.   Espresso : kopi yang dibancuh dengan jumlah air yang sedikit selalunya espresso lagi tebal daripada kopi lain


3.     Latte: bancuhan antara espresso bersama dengan susu (stim)



4.     Macchiato : bancuhan espresso yang ditambah dengan susu yang sedikit---selalunya dihidangkan bersama flav lain seperti caramel
5.      Cappuccino : bancuhan kopi bersama espresso,susu panas dan buih susu (stim)--- sebab tu cappuccino tak beberapa digalakkan dihidang bersama ais



6.Americano : bancuhan air panas bersama espresso (kalau kat luar kita panggil kopi o)



<7.      Mocaccino atau mocha : base espresso bersama susu panas tetapi ditambah sedikit rasa koko /chocolate ( dekat mamak, kalau ada kawan kita high demand sangat, korang order neslo ais)
Ok jadi sedikit sebanyak korang dah tahu jenis, lepas ni korang taklah tercongok lama depan menu kaunter memikirkan apa jenis atau rasa. Tapi kali ni korang akan tercongok memikir jenis atau kepekatan kopi itu sendiri. Lepas dah tahu rasa. Sekarang jenis susu yang korang pilih di starbucks (setakat ini barista starbucks yang flexible untuk memilih jenis susu) Tapi kalau korang tak request dia akan assume susu biasa
1.      soy milk – susu soya dan sesuai untuk golongan vege atau alahan kepada susu biasa
2.      non-fat – sesuai untuk orang berdiet, kekadang kita nak  skim milk dia akan offer kita non fat
Kepekatan caffeine
Ada setengah orang yang cepat pening bila minum kopi, maksudnya korang alah kepada caffeine .Jadi jangan risau dimana mereka ada sukatannya mereka sendiri :
Half caf : half caffeinated atau half de caffeinated . Bila anda sebut haf-caf autamatik barista tahu anda sensitive caffeine
Decaf : tiada caffeine  ada amount dia sangat sedikit
Shot
Kekadang korang dengar dia cakap extra shot, shot… kat kitchen dorang. Lepas tu memandai cakap nak extra shot. Sure makes sure korang tahu karang main petik je, malam karang tak tidur sebab terlebih caffeine :
Shot merujuk kepada sukatan espresso. Apabila order minuman espresso seperti latte, mocha atah macchiato kita akan request extra shot.Kalau saiz :
Tall : sudah ada 1 shot
Grande : sudah ada 2 shot
Venti: sudah ada 3 shot
Contoh : anda order Grande iced mocha drink, anda cakap nak extra shot , maksudnya anda order Triple Grande iced mocha
Manakala flavor shot adalah shot atau perasa tambahan yang ditambah didalam air anda .Contoh perasa yang ada di starbuck :Vanilla,Caramel,Cinnamon dolce,Mocha,Hazelnut .Dan beberapa…. Yang atas ni standard yang selalu orang minum
Contoh : korang order caramel latte , korang nak extra caramel dia sebuat extra shot/extra flav shot caramel latte
Minuman yang ada whip
Whip
Ini selalu merujuk kepada cream / whipped cream. Ada setengah air bila kita order dia akan tanya with whip or not ?Tapi kalau jenis berdiet atau tidak suka cream anda boleh kata skinny atau simple je jawab balik without whip. Selalunya nya kalau kita dah order non-fat milk dalam beverage kita , dia tak akan tanya.
Size
Short – 8oz : kat Malaysia tak de kot, sebab shot ni untuk budak-budak je
Tall- 12 oz : consider saiz small
Grande -16 oz : consider saiz medium
Venti- 24 oz : consider saiz large
Cara hidang
Frappucino  : kekadang barista tanya kita nak “frap” ke? Pun sama maksudnya…frappucino tu ice blended,air yang kita order tadi dia campur ais pastu blend




Hot: Dihidangkan secara panas,selalu orang berdiet ambil jenis ni sebab hot selalunya mengenyangkan


Ice : dihidangkan bersama air
Ok sekarang kita test :
Saya nak vanilla latte with ice extra shot latte venti :  
Maksudnya saiz venti, kopi espresso bancuhan dengan susu stim dihidangkan dengan ais dengan sukatan 4 shot espresso.
Simple kan ? anda dah convo bahasa starbucks.
p/s : Bila anda dah terbiasa dengan minuman sesuatu starbuck, anda digalakan untuk menjadi regular customer disana. Mereka akan labelkan anda sebagai signature guess/customer value sebab hanya mereka je tahu shot apa yang anda suka (pastikan barista yang samalah) .. Dan sebab tu bila anda melompat daripada starbuck lain ke starbuck lain rasanya berbeza beza sebab mereka belum kenal lagi signature anda. –tips-

Thursday, 27 August 2015

Feminine Pad BIO SELEZA

Hari ni saya nak cerita tentang produk terbaru dari Hai-O iaitu Feminine Pad BIO SELEZA.




BIO SELEZA ni launch dalam bulan June 2014 masa Diamond Night event. Dalam kepala masa tu dok tertanya-tanya kenapa lah company keluarkan produk pad ni.. Yelah.. pad aje kot.. mana ada orang nak beli pad yang mahal kan?

Tapi bila diri sendiri dah tengok fungsi pad ni dan apa perbezaan nya dengan pad-pad yang ada di pasaran, terus terbuka mata dan hati serta jiwa nurani.. chewah.. Baru paham kenapa perlu bertukar kepada BIO SELEZA ni.





Ok zaman moyang-moyang kita dulu memang dorang menggunakan kain batik yang digunting kecil dan dilipat untuk dijadikan tadahan darah haid tu. Lepas dah digunakan mereka akan basuh dan pakai semula. Sebab tu dulu-dulu jarang dengar ada yang kena kanser serviks ke, kanser rahim ke kan..

Zaman mak-mak kita dah start guna pad atau tuala wanita ni.. Ingat dulu Allahyarhamah Mama guna brand Sanita kalau tak silap. Mana ada brand Kotex la, Laurier la bagai zaman tu kan.. 

Tapi sekarang ni lagi la macam-macam jenis Tuala Wanita ada.. bukan pad aje, tapi siap ada panty liner la, tampon la, over night la, ada wing la kan.. pastu brand pun ada macam-macam brand kat pasaran sekarang.. pilih je mana yang kita suka..

Kita pilih kadang-kadang bukan sebab kita tau sangat pun.. tapi selalu kita akan pilih brand yang popular, yang selalu keluar iklan.. betul tak?

Tapi korang tahu tak pad yang korang pakai setiap bulan tu diperbuat daripada apa?

Meh saya beritahu.. kebanyakkan brand2 tuala wanita di pasaran adalah diperbuat daripada:




Yup.. diperbuat dari RECYCLE PAPER atau kertas kitar semula.

Tau kan mana datang recycle paper ni? Kertas surat khabar, kertas atau buku-buku lama yang kita tak pakai, kertas yang orang guna untuk balut ayam, ikan, sotong, khinzir (ooppss) kat pasar tu dll. Semua kertas-kertas ni akan dikumpulkan di tempat kitar semula (yang confirm penuh dengan lipas, tikus dan haiwan-haiwan lain yang mungkin boleh kencing, berak atau mati di celah-celah kertas-kertas tersebut) sebelum diproses dan dibeli oleh kilang-kilang yang menggunakan recycle paper ni untuk produk-produk mereka termasuklah tuala wanita atau pad kita.



Ok.. untuk jadikan tuala wanita tu warna putih, lembut & fluffy, kertas-kertas recycle ni perlu dilunturkan menggunakan bahan kimia. Pastu kita pula letak kat tempat yang paling sensitif pada badan kita.. Sebab tu zaman sekarang ni banyak sangat masalah sakit puan seperti keputihan, radang, gatal-gatal dll.

Cuba bayangkan, kita dah start guna pad masa umur kita 10, 11 tahun kan.. Dalam jangka masa panjang, cuba bayangkan apa yang boleh jadi kesan dari penggunaan pad tu. Bahan-bahan kimia tu dah melekat dan sebati pada rahim dan vagina kita dan itu akan menyebabkan kanser ovari dan juga kanser pangkal rahim, iaitu pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara.

Jom tengok information di bawah ni..







Menakutkan betul kan? Memang.. selama ni kita tak tau pun kan..



KENAPA KITA PERLU TUKAR KEPADA BIO SELEZA


Ok.. yang paling penting, bahan-bahan dalam pembuatan tuala wanita.


BIO SELEZA yang diperbuat daripada kapas, mengandungi tenaga Bio Velocity, Far Infrared Rays (FIR), Nano Silver & Ion Negatif yang dapat membunuh bakteria dengan berkesan disamping membantu melancarkan peredaran darah dan memberi tenaga.








SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN BIO SELEZA?

  • Semua perempuan/wanita yang sudah datang haid
  • Mereka yang mengalami masalah senggugut, keputihan atau masalah-masalah sakit puan yang lain
  • Mereka yang selalu lesu dan penat. Teknologi Bio Velocity boleh membantu memberi tenaga
  • Ibu berpantang: Boleh ditampal di dalam stokin untuk membantu peredaran darah dan memanaskan badan.
  • Ibu mengandung: Boleh memberi tenaga, mengelakkan masalah keputihan, kencing kotor atau terkencing semasa batuk atau bersin.
  • Wanita yang kurang libido atau susah untuk dirangsang. Sesuai untuk yang sudah monopause juga.
  • Lelaki: Boleh membantu masalah buasir, angin pasang, meningkatkan libido dan kelakian & pelbagai fungsi lain melalui Tenaga BioVelocity.

HARGA BIO SELEZA


Ok.. BIO SELEZA datang dalam 3 kotak.

Setiap kotak ada 6 packs pad.





1. Mixed Box
Dalam Mixed Box ni ada:

1 x Night Safe 330mm (extra long) 8 pads/pack
1 x Night Safe 290mm 8 pads/pack
2 x Day Safe 245mm 10 pads/pack
2 x Pantyliner 155mm 30 pads/pack

Total = 96 pieces

Harga pasaran: RM167 per box


2. Day Safe Box
Dalam Day Safe Box ni ada:

6 x Day Safe 245mm 10 pads/pack

Total = 60 pieces

Harga pasaran: RM163 per box


3.Day Safe Box
Dalam Night Safe ni ada:

6 x Night Safe 290mm 8pad/pack

Total = 48 pieces

Harga pasaran: RM163 per box


4.Pantyliner Box
Dalam Pantyliner Box ni ada:

6 x Pantyliner 155mm 30 pads/pack

Total = 180 pieces

Harga pasaran: RM177 per box



MLM Antara Realiti dan Angan-angan


*************************************
Berkesempatan berborak dengan seorang sahabat. Hebatnya sahabat ni, dia dah pernah join lebih dari 10 pelan syarikat MLM. Kenapa saya katakan beliau hebat? Sebab beliau tak pernah serik dan berhati kental. kalau saya mungkin tak sekuat beliau rasanya..
.
Pengalaman beliau menyertai pelbagai syarikat MLM membuatkan beliau lebih matang dalam memahami apa sebenarnya MLM ni. Senang cerita orangnya sangat berpengalaman dalam industri ini.
.
Persoalan yang biasa kita dengar betul ke MLM ni skim tipu, kayakan orang atas, rugi, bankrap dan sebagainya beliau kongsikan dgn saya.
.
Berikut adalah beberapa persoalan dan tips yg dikongsikan beliau..moga2 perkongsian ini dpt memberi kefahaman kepada kita semua tentang MLM.
.
**Apa sebenarnya masalah MLM ni? Ramai sangat yang anti dan merasakan MLM ni satu igauan ngeri bila dengar?
.
MLM tidak pernah bermasalah.. tapi yang sebenarnya bermasalah adalah orang/manusia/makhluk yg bernyawa yang menjalankannya. Kenapa saya kata kan begitu? MLM adalah salah satu kaedah pemasaran yang 'genuine'. Menggunakan sistem pemasaran bertingkat untuk meningkatkan dan mengembangkan liputan produk untuk sampai kepada 'end customers' dengan lebih mudah dan luas. Senang cerita MLM memudahkan produk utk sampai kepada pelanggan dari pelbagai lapisan dan membantu memaksimakan keuntungan.
.
Masalah utama yang diciptakn oleh makhluk yang bernyawa dlm MLM ni adalah bila mereka memanipulasi sistem sebenar MLM untuk tujuan keuntungan peribadi. Lebih mudah difahami bila ada segelintir yang mewujudkan sistem baru utk memaksimakan keuntungan dgn cara yang mudah dan cepat tapi menggunakan MLM sebagi 'topeng' mereka.
.
Ok agak berbelit. Kita simple kan, mereka ni cipta skim 'cepat kaya' dan declare sistem mereka ni adalah MLM. Realiti sebenarnya adalah sistem mereka bercanggah dgn skim MLM sebenar.
.
**Apa modus operandi mereka ni? 
.
Kebanyakan syarikat2 ni akan mengatakan mereka adalah MLM dan akan memohon lesen utk didaftarkan sebagai syarikat MLM. Apa yg mereka lakukan sebenarnya bercanggah dgn sistem sebenar.
.
Mereka akan mewujudkan produk sebagai syarat untuk menutup agenda utama mereka. Realitinya produk mereka hanya sekadar 'ada' untuk kepentingan lain. Syarikat2 ini akan memulakan kempen pemasaran mereka dgn mewujudkan beberapa role model yang berjaya. Model-model ini akan dijadikan proksi untuk memupuk kepercayaan org terhadap syarikat mereka.
.
Kehebatan syarikat2 adalah kerana mereka mempunyai dana yg besar (kebanyakannya dana dari luar negara) yg digunakan utk membayar proksi dan kempen pemasaran. Lagi hebat bila watak2 atau role model yg diwujudkan ini akan diberikan kereta mewah (luar biasa mewah) dan akan diubah menjadi org yg hebat dlm masa yang singkat.
.
Bila watak2 ini berjaya diwujudkan, kepercayaan org luar akan cepat tercipta. Lagi mudah bila proksi yg dicipta ini dari golongan yg mempunyai follower seperti artis, celebrity dan sebagainya. Dengan mudah mereka boleh mencipta keuntungan berbilion hasil daripada watak dan cerita yg dicipta.
.
**Kenapa org mudah percaya dengan mereka?
.
Simple. Dengan menggunakan kaedah melahirkan impian dan dijadikan kenyataan dlm masa yg singkat. 
Manusia sangat suka kepada sesuatu yang mudah dan memberikan pulangan yang besar. Senang cerita kalau ade skim yang boleh tidur hari2 dan duit masuk je hari2, maka berlumba-lumbalah umat manusia berebut untuk join. Proksi yg diwujudkan adalah tarikan untuk menarik org lain untuk turut sama berimpian utk mencapai kejayaan yg sama. Bila wujud rasa keinginan yg kuat, mudah la mereka ni menarik mangsa2. Konsep yg sama macam mana penjebak burung gunakan untuk memikat burung.
.
**Macam mana nak kenal mereka2 ini dan syarikat2 skim penipu yang bertopengkan MLM?
.
1. Kaji syarikat mereka. Macam mana syarikat ini boleh wujud. Berapa lama syarikat ini dah wujud. Berapa ramai usahawan yg berjaya yg telah dilahirkan.
.
Kebanyakan syarikat2 ini wujud tak sampai setahun atau kurang dari 5 tahun. Ada yang menggunakan nama syarikat antarabangsa yg sedang membuka pasaran di malaysia. Ada juga yg claim sebagai subsidiari kepada sesuatu syarikat.
.
Kebiasaan nya usahawan yang betul2 berjaya tak ramai. Kurang dari 100 orang yang berjaya. Maybe ada dalam 10 atau 20 orang yang mempunyai sport car. Mereka akan mengatakan kita adalah next usahawan yg berjaya yg bakal mempunyai sport car.
.
2. Kaji leaders atau model2 yang berjaya. Siapa mereka sebelum ini. Berapa lama mereka melakukan perniagaan ini. Berapa lama tempoh utk berjaya.
.
Kebiasaannya model mereka lahir kurang dari 1 tahun. Tiba2 keluar sebagai jutawan dan bawa sport car. Secara logik nya jutawan kurang dari 1 tahun agak mustahil bila syarikat yg ditubuhkan juga berusia kurang setahun.
.
Lagi best dan kalau rajin cuba siasat total income tax yg dibayar setahun sebagai seorg jutawan. Cuba juga check 'nombor pendaftaran' sport car mereka atas nama siapa (banyak online sistem yg boleh digunakan utk  semak pemilik sebenar kereta dengan hanya menggunakan no pendaftaran kereta dan no mykad).. Kebanyakan proksi2 ini diberikan kereta utk digunakan mengaburi mata prospect. Dan sebenarnya kereta2 tersebut bukan hak milik mereka. Ada yang disewakan khas atau diberi pinjam dlm sesuatu tempoh.
.
3. Check dgn SSM, KPDNKK tentang status syarikat tersebut. Apa perniagaan dan industri syarikat ini. Boleh juga panjang kan siasatan kepada JAKIM dan SIRIM utk status produk yg dikeluarkan. Kadangkala syarikat ini tidak menitikberatkan soal quality produk dan status produk.

4. Fahami sistem atau pelan pemasaran mereka. Kebanyakkan syarikat2 ini tidak menitik-beratkan usahawan utk menjual produk. Produk hanya dibeli sekali dan selebihnya lebih memfokuskan kepada networking. Jangan terkejut jika mereka sebenarnya tidak pernah tahu tentang produk dan susah untuk explain tentang produk. Tiada latihan tentang produk secara khusus diberikan.
.
5. Siasat siapa pengerusi, board of director atau founder syarikat. Berhati-hati jika mereka semua adalah orang asing dan bukan dari Malaysia. Jika mereka berpangkat Datuk atau Tan Sri, cuba periksa adakah pangkat mereka tu valid. Banyak cara yg boleh digunakan untuk mengetahui kesahihan nya.
.
Fakta: Percaya tak kebanyakan syarikat skim cepat kaya yang bertopengkan MLM akan wujud dan hilang dlm sekelip mata?. Mereka akan wujud tak lebih dari 5 tahun dan kemudian hilang. Leaders atau pelopor  syarikat akan hilang entah kemana. Ada yg cakap mereka2  ini adalah sindiket yang beroperasi secara melopat-lompat dari satu negara ke negara yg lain.
.
Fuhhh memang seram bila dgr cerita tentang mereka ni. Ramai yg dh jadi mangsa dan percayalah masih banyak syarikat2 yg seumpama ini yang sedang bergerak aktif sekarang. Takut kan..
.
** Tips untuk tidak terjebak dan panduan memilih syarikat MLM yang sebenar
.
1. Kaji latar belakang syarikat

Berapa lama tempoh wujud, berapa ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, kedudukan kewangan (boleh juga check saham syarikat di BSKL). Syarikat MLM yang kukuh selalunya boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Mereka mampu mengekalkan prestasi dan tidak pernah mengalami masalah dengan sistem pemasaran mereka. Jika sesebuah syarikat itu bermasalah, sudah pasti ia tidak akan dpt bertahan lama dan akan diarah untuk tidak terus menjalankan perniagaan oleh kerajaan.
.
2. Buat pemeriksaan dgn SSM dan KPDNKK. 

Cari syarikat MLM yang mendapat pengiktirafan dari KPDNKK (bermaksud diiktiraf kerajaan dan menjalankan perniagaan mengikut garis panduan), lihat pencapaian dan anugerah yang pernah diterima oleh syarikat. (Penganugerahn tidak akan diberikan jika syarikat itu tidak kukuh dan beretika)
.
3. Lihat kepada produk dan pelan pemasaran. 

Syarikat MLM yang genuine menitikberatkan produk yang dikeluarkan. Kualiti dan keselamatan produk menjadi perkara utama mereka. Mereka akan mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM, KKM, JAKIM dan badan2 berkaitan untuk memastikan produk mereka berkualiti. Agen2 dan usahawan akan lebih memfokuskan kepada produk dan mereka mempunyai ilmu produk yang lengkap. Senang cerita mereka pakar dlm menerangkan tentang produk yang dijual.
.
4. Lihat kejayaan usahawan2 mereka. 

Cuba lihat tempoh berniaga dan pencapaian mereka. Kaji dari mana mereka muncul dan bermula. Selalunya kejayaan mereka adalah logik dalam tempoh yang boleh diterima akal. Mereka akan meningkat naik secara berperingkat dan tidak akan terus keluar sebagai jutawan segera. 
.
5. Kejayaan usahawan dalam syarikat MLM adalah tidak terhad. 

Semua usahawan mempunyai peluang yang sama untuk mencapai pangkat tertinggi dalam sesuatu tempoh. Pemberian bonus atau komisyen adalah logik berdasarkan sales bulanan dan kumpulan. Mampu menerangkan dgn jelas bagaimana bonus dikeluarkan dan pengiraan sebenar.
.
Kalau diikutkan banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup dulu untuk perkongsian kali ini. Objektif utama adalah untuk kita semua berhati2 dan sedar dgn biz MLM yang kita sedang lakukan. Adakah ia nya MLM sebenar atau hanya satu skim 'Angan-angan' untuk cepat kaya.
.
Tiada jalan yang singkat dan mudah untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi. Realitinya tiada yang mustahil. Bertindak dan buat pilihan dengan bijak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.

Saya sedia membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas tentang MLM jika ia masih menjadi beban untuk anda fahami..

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang bisnes bersama Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) pun saya boleh terangkan dengan lebih lanjut. Yang pasti SHOM adalah genuine MLM.

Yours truly,
BARBARA TAWI
01114047741
barbaratawi@gmail.com