healthywonderland.blogspot.com

Thursday, 27 August 2015

Feminine Pad BIO SELEZA

Hari ni saya nak cerita tentang produk terbaru dari Hai-O iaitu Feminine Pad BIO SELEZA.




BIO SELEZA ni launch dalam bulan June 2014 masa Diamond Night event. Dalam kepala masa tu dok tertanya-tanya kenapa lah company keluarkan produk pad ni.. Yelah.. pad aje kot.. mana ada orang nak beli pad yang mahal kan?

Tapi bila diri sendiri dah tengok fungsi pad ni dan apa perbezaan nya dengan pad-pad yang ada di pasaran, terus terbuka mata dan hati serta jiwa nurani.. chewah.. Baru paham kenapa perlu bertukar kepada BIO SELEZA ni.





Ok zaman moyang-moyang kita dulu memang dorang menggunakan kain batik yang digunting kecil dan dilipat untuk dijadikan tadahan darah haid tu. Lepas dah digunakan mereka akan basuh dan pakai semula. Sebab tu dulu-dulu jarang dengar ada yang kena kanser serviks ke, kanser rahim ke kan..

Zaman mak-mak kita dah start guna pad atau tuala wanita ni.. Ingat dulu Allahyarhamah Mama guna brand Sanita kalau tak silap. Mana ada brand Kotex la, Laurier la bagai zaman tu kan.. 

Tapi sekarang ni lagi la macam-macam jenis Tuala Wanita ada.. bukan pad aje, tapi siap ada panty liner la, tampon la, over night la, ada wing la kan.. pastu brand pun ada macam-macam brand kat pasaran sekarang.. pilih je mana yang kita suka..

Kita pilih kadang-kadang bukan sebab kita tau sangat pun.. tapi selalu kita akan pilih brand yang popular, yang selalu keluar iklan.. betul tak?

Tapi korang tahu tak pad yang korang pakai setiap bulan tu diperbuat daripada apa?

Meh saya beritahu.. kebanyakkan brand2 tuala wanita di pasaran adalah diperbuat daripada:




Yup.. diperbuat dari RECYCLE PAPER atau kertas kitar semula.

Tau kan mana datang recycle paper ni? Kertas surat khabar, kertas atau buku-buku lama yang kita tak pakai, kertas yang orang guna untuk balut ayam, ikan, sotong, khinzir (ooppss) kat pasar tu dll. Semua kertas-kertas ni akan dikumpulkan di tempat kitar semula (yang confirm penuh dengan lipas, tikus dan haiwan-haiwan lain yang mungkin boleh kencing, berak atau mati di celah-celah kertas-kertas tersebut) sebelum diproses dan dibeli oleh kilang-kilang yang menggunakan recycle paper ni untuk produk-produk mereka termasuklah tuala wanita atau pad kita.



Ok.. untuk jadikan tuala wanita tu warna putih, lembut & fluffy, kertas-kertas recycle ni perlu dilunturkan menggunakan bahan kimia. Pastu kita pula letak kat tempat yang paling sensitif pada badan kita.. Sebab tu zaman sekarang ni banyak sangat masalah sakit puan seperti keputihan, radang, gatal-gatal dll.

Cuba bayangkan, kita dah start guna pad masa umur kita 10, 11 tahun kan.. Dalam jangka masa panjang, cuba bayangkan apa yang boleh jadi kesan dari penggunaan pad tu. Bahan-bahan kimia tu dah melekat dan sebati pada rahim dan vagina kita dan itu akan menyebabkan kanser ovari dan juga kanser pangkal rahim, iaitu pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara.

Jom tengok information di bawah ni..







Menakutkan betul kan? Memang.. selama ni kita tak tau pun kan..



KENAPA KITA PERLU TUKAR KEPADA BIO SELEZA


Ok.. yang paling penting, bahan-bahan dalam pembuatan tuala wanita.


BIO SELEZA yang diperbuat daripada kapas, mengandungi tenaga Bio Velocity, Far Infrared Rays (FIR), Nano Silver & Ion Negatif yang dapat membunuh bakteria dengan berkesan disamping membantu melancarkan peredaran darah dan memberi tenaga.








SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN BIO SELEZA?

  • Semua perempuan/wanita yang sudah datang haid
  • Mereka yang mengalami masalah senggugut, keputihan atau masalah-masalah sakit puan yang lain
  • Mereka yang selalu lesu dan penat. Teknologi Bio Velocity boleh membantu memberi tenaga
  • Ibu berpantang: Boleh ditampal di dalam stokin untuk membantu peredaran darah dan memanaskan badan.
  • Ibu mengandung: Boleh memberi tenaga, mengelakkan masalah keputihan, kencing kotor atau terkencing semasa batuk atau bersin.
  • Wanita yang kurang libido atau susah untuk dirangsang. Sesuai untuk yang sudah monopause juga.
  • Lelaki: Boleh membantu masalah buasir, angin pasang, meningkatkan libido dan kelakian & pelbagai fungsi lain melalui Tenaga BioVelocity.

HARGA BIO SELEZA


Ok.. BIO SELEZA datang dalam 3 kotak.

Setiap kotak ada 6 packs pad.





1. Mixed Box
Dalam Mixed Box ni ada:

1 x Night Safe 330mm (extra long) 8 pads/pack
1 x Night Safe 290mm 8 pads/pack
2 x Day Safe 245mm 10 pads/pack
2 x Pantyliner 155mm 30 pads/pack

Total = 96 pieces

Harga pasaran: RM167 per box


2. Day Safe Box
Dalam Day Safe Box ni ada:

6 x Day Safe 245mm 10 pads/pack

Total = 60 pieces

Harga pasaran: RM163 per box


3.Day Safe Box
Dalam Night Safe ni ada:

6 x Night Safe 290mm 8pad/pack

Total = 48 pieces

Harga pasaran: RM163 per box


4.Pantyliner Box
Dalam Pantyliner Box ni ada:

6 x Pantyliner 155mm 30 pads/pack

Total = 180 pieces

Harga pasaran: RM177 per box



MLM Antara Realiti dan Angan-angan


*************************************
Berkesempatan berborak dengan seorang sahabat. Hebatnya sahabat ni, dia dah pernah join lebih dari 10 pelan syarikat MLM. Kenapa saya katakan beliau hebat? Sebab beliau tak pernah serik dan berhati kental. kalau saya mungkin tak sekuat beliau rasanya..
.
Pengalaman beliau menyertai pelbagai syarikat MLM membuatkan beliau lebih matang dalam memahami apa sebenarnya MLM ni. Senang cerita orangnya sangat berpengalaman dalam industri ini.
.
Persoalan yang biasa kita dengar betul ke MLM ni skim tipu, kayakan orang atas, rugi, bankrap dan sebagainya beliau kongsikan dgn saya.
.
Berikut adalah beberapa persoalan dan tips yg dikongsikan beliau..moga2 perkongsian ini dpt memberi kefahaman kepada kita semua tentang MLM.
.
**Apa sebenarnya masalah MLM ni? Ramai sangat yang anti dan merasakan MLM ni satu igauan ngeri bila dengar?
.
MLM tidak pernah bermasalah.. tapi yang sebenarnya bermasalah adalah orang/manusia/makhluk yg bernyawa yang menjalankannya. Kenapa saya kata kan begitu? MLM adalah salah satu kaedah pemasaran yang 'genuine'. Menggunakan sistem pemasaran bertingkat untuk meningkatkan dan mengembangkan liputan produk untuk sampai kepada 'end customers' dengan lebih mudah dan luas. Senang cerita MLM memudahkan produk utk sampai kepada pelanggan dari pelbagai lapisan dan membantu memaksimakan keuntungan.
.
Masalah utama yang diciptakn oleh makhluk yang bernyawa dlm MLM ni adalah bila mereka memanipulasi sistem sebenar MLM untuk tujuan keuntungan peribadi. Lebih mudah difahami bila ada segelintir yang mewujudkan sistem baru utk memaksimakan keuntungan dgn cara yang mudah dan cepat tapi menggunakan MLM sebagi 'topeng' mereka.
.
Ok agak berbelit. Kita simple kan, mereka ni cipta skim 'cepat kaya' dan declare sistem mereka ni adalah MLM. Realiti sebenarnya adalah sistem mereka bercanggah dgn skim MLM sebenar.
.
**Apa modus operandi mereka ni? 
.
Kebanyakan syarikat2 ni akan mengatakan mereka adalah MLM dan akan memohon lesen utk didaftarkan sebagai syarikat MLM. Apa yg mereka lakukan sebenarnya bercanggah dgn sistem sebenar.
.
Mereka akan mewujudkan produk sebagai syarat untuk menutup agenda utama mereka. Realitinya produk mereka hanya sekadar 'ada' untuk kepentingan lain. Syarikat2 ini akan memulakan kempen pemasaran mereka dgn mewujudkan beberapa role model yang berjaya. Model-model ini akan dijadikan proksi untuk memupuk kepercayaan org terhadap syarikat mereka.
.
Kehebatan syarikat2 adalah kerana mereka mempunyai dana yg besar (kebanyakannya dana dari luar negara) yg digunakan utk membayar proksi dan kempen pemasaran. Lagi hebat bila watak2 atau role model yg diwujudkan ini akan diberikan kereta mewah (luar biasa mewah) dan akan diubah menjadi org yg hebat dlm masa yang singkat.
.
Bila watak2 ini berjaya diwujudkan, kepercayaan org luar akan cepat tercipta. Lagi mudah bila proksi yg dicipta ini dari golongan yg mempunyai follower seperti artis, celebrity dan sebagainya. Dengan mudah mereka boleh mencipta keuntungan berbilion hasil daripada watak dan cerita yg dicipta.
.
**Kenapa org mudah percaya dengan mereka?
.
Simple. Dengan menggunakan kaedah melahirkan impian dan dijadikan kenyataan dlm masa yg singkat. 
Manusia sangat suka kepada sesuatu yang mudah dan memberikan pulangan yang besar. Senang cerita kalau ade skim yang boleh tidur hari2 dan duit masuk je hari2, maka berlumba-lumbalah umat manusia berebut untuk join. Proksi yg diwujudkan adalah tarikan untuk menarik org lain untuk turut sama berimpian utk mencapai kejayaan yg sama. Bila wujud rasa keinginan yg kuat, mudah la mereka ni menarik mangsa2. Konsep yg sama macam mana penjebak burung gunakan untuk memikat burung.
.
**Macam mana nak kenal mereka2 ini dan syarikat2 skim penipu yang bertopengkan MLM?
.
1. Kaji syarikat mereka. Macam mana syarikat ini boleh wujud. Berapa lama syarikat ini dah wujud. Berapa ramai usahawan yg berjaya yg telah dilahirkan.
.
Kebanyakan syarikat2 ini wujud tak sampai setahun atau kurang dari 5 tahun. Ada yang menggunakan nama syarikat antarabangsa yg sedang membuka pasaran di malaysia. Ada juga yg claim sebagai subsidiari kepada sesuatu syarikat.
.
Kebiasaan nya usahawan yang betul2 berjaya tak ramai. Kurang dari 100 orang yang berjaya. Maybe ada dalam 10 atau 20 orang yang mempunyai sport car. Mereka akan mengatakan kita adalah next usahawan yg berjaya yg bakal mempunyai sport car.
.
2. Kaji leaders atau model2 yang berjaya. Siapa mereka sebelum ini. Berapa lama mereka melakukan perniagaan ini. Berapa lama tempoh utk berjaya.
.
Kebiasaannya model mereka lahir kurang dari 1 tahun. Tiba2 keluar sebagai jutawan dan bawa sport car. Secara logik nya jutawan kurang dari 1 tahun agak mustahil bila syarikat yg ditubuhkan juga berusia kurang setahun.
.
Lagi best dan kalau rajin cuba siasat total income tax yg dibayar setahun sebagai seorg jutawan. Cuba juga check 'nombor pendaftaran' sport car mereka atas nama siapa (banyak online sistem yg boleh digunakan utk  semak pemilik sebenar kereta dengan hanya menggunakan no pendaftaran kereta dan no mykad).. Kebanyakan proksi2 ini diberikan kereta utk digunakan mengaburi mata prospect. Dan sebenarnya kereta2 tersebut bukan hak milik mereka. Ada yang disewakan khas atau diberi pinjam dlm sesuatu tempoh.
.
3. Check dgn SSM, KPDNKK tentang status syarikat tersebut. Apa perniagaan dan industri syarikat ini. Boleh juga panjang kan siasatan kepada JAKIM dan SIRIM utk status produk yg dikeluarkan. Kadangkala syarikat ini tidak menitikberatkan soal quality produk dan status produk.

4. Fahami sistem atau pelan pemasaran mereka. Kebanyakkan syarikat2 ini tidak menitik-beratkan usahawan utk menjual produk. Produk hanya dibeli sekali dan selebihnya lebih memfokuskan kepada networking. Jangan terkejut jika mereka sebenarnya tidak pernah tahu tentang produk dan susah untuk explain tentang produk. Tiada latihan tentang produk secara khusus diberikan.
.
5. Siasat siapa pengerusi, board of director atau founder syarikat. Berhati-hati jika mereka semua adalah orang asing dan bukan dari Malaysia. Jika mereka berpangkat Datuk atau Tan Sri, cuba periksa adakah pangkat mereka tu valid. Banyak cara yg boleh digunakan untuk mengetahui kesahihan nya.
.
Fakta: Percaya tak kebanyakan syarikat skim cepat kaya yang bertopengkan MLM akan wujud dan hilang dlm sekelip mata?. Mereka akan wujud tak lebih dari 5 tahun dan kemudian hilang. Leaders atau pelopor  syarikat akan hilang entah kemana. Ada yg cakap mereka2  ini adalah sindiket yang beroperasi secara melopat-lompat dari satu negara ke negara yg lain.
.
Fuhhh memang seram bila dgr cerita tentang mereka ni. Ramai yg dh jadi mangsa dan percayalah masih banyak syarikat2 yg seumpama ini yang sedang bergerak aktif sekarang. Takut kan..
.
** Tips untuk tidak terjebak dan panduan memilih syarikat MLM yang sebenar
.
1. Kaji latar belakang syarikat

Berapa lama tempoh wujud, berapa ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, kedudukan kewangan (boleh juga check saham syarikat di BSKL). Syarikat MLM yang kukuh selalunya boleh bertahan lebih dari 10 tahun. Mereka mampu mengekalkan prestasi dan tidak pernah mengalami masalah dengan sistem pemasaran mereka. Jika sesebuah syarikat itu bermasalah, sudah pasti ia tidak akan dpt bertahan lama dan akan diarah untuk tidak terus menjalankan perniagaan oleh kerajaan.
.
2. Buat pemeriksaan dgn SSM dan KPDNKK. 

Cari syarikat MLM yang mendapat pengiktirafan dari KPDNKK (bermaksud diiktiraf kerajaan dan menjalankan perniagaan mengikut garis panduan), lihat pencapaian dan anugerah yang pernah diterima oleh syarikat. (Penganugerahn tidak akan diberikan jika syarikat itu tidak kukuh dan beretika)
.
3. Lihat kepada produk dan pelan pemasaran. 

Syarikat MLM yang genuine menitikberatkan produk yang dikeluarkan. Kualiti dan keselamatan produk menjadi perkara utama mereka. Mereka akan mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM, KKM, JAKIM dan badan2 berkaitan untuk memastikan produk mereka berkualiti. Agen2 dan usahawan akan lebih memfokuskan kepada produk dan mereka mempunyai ilmu produk yang lengkap. Senang cerita mereka pakar dlm menerangkan tentang produk yang dijual.
.
4. Lihat kejayaan usahawan2 mereka. 

Cuba lihat tempoh berniaga dan pencapaian mereka. Kaji dari mana mereka muncul dan bermula. Selalunya kejayaan mereka adalah logik dalam tempoh yang boleh diterima akal. Mereka akan meningkat naik secara berperingkat dan tidak akan terus keluar sebagai jutawan segera. 
.
5. Kejayaan usahawan dalam syarikat MLM adalah tidak terhad. 

Semua usahawan mempunyai peluang yang sama untuk mencapai pangkat tertinggi dalam sesuatu tempoh. Pemberian bonus atau komisyen adalah logik berdasarkan sales bulanan dan kumpulan. Mampu menerangkan dgn jelas bagaimana bonus dikeluarkan dan pengiraan sebenar.
.
Kalau diikutkan banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup dulu untuk perkongsian kali ini. Objektif utama adalah untuk kita semua berhati2 dan sedar dgn biz MLM yang kita sedang lakukan. Adakah ia nya MLM sebenar atau hanya satu skim 'Angan-angan' untuk cepat kaya.
.
Tiada jalan yang singkat dan mudah untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi. Realitinya tiada yang mustahil. Bertindak dan buat pilihan dengan bijak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekadar perkongsian dari seorang sahabat.

Saya sedia membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas tentang MLM jika ia masih menjadi beban untuk anda fahami..

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang bisnes bersama Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) pun saya boleh terangkan dengan lebih lanjut. Yang pasti SHOM adalah genuine MLM.

Yours truly,
BARBARA TAWI
01114047741
barbaratawi@gmail.com

HERBA MAHARANI


Herba Maharani atau nama sebenarnya Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan  maharani di Istana. 

Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.


 




Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.



Apakah ramuan yang terkandung dalam Herba Maharani?


Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.


Apakah kesan Herba Maharani?


Herba Maharani dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.


Adakah pengambilan Herba Maharani akan menyebabkan badan terlalu panas?


Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Herba Maharani oleh badan.


Siapakah yang perlu mengambil Herba Maharani?


Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.


Bolehkah ibu mengandung mengambil Herba Maharani?


Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.


Bolehkah kanak-kanak mengambil Herba Maharani?

Tidak digalakkan.





Ramuan Utama

Gallus Gallus Domesticus (Black Fowl), Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita, Radix Giycyrrhiza Uralensis and twenty more valuable ingredients


Sijil Halal




Keberkesanan

  • Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
  • Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
  • Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
  • Menguatkan tenaga dan stamina.


Perhatian:
  • Ibu mengandung dilarang mengambil.
  • Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
  • Tidak sesuai diambil ketika selsema.
  • Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.


Cara Pengambilan:

Cara oleh Sahajidah Hai-O Marketing
Dua kali sehari, 1 bola putih (50 biji) setiap kali, diambil dengan air suam


Our Suggestion
Jika ikut syor pemakanan seperti Hai-O kita mungkin rasa agak panas sebab tak sesuai dos tersebut untuk cuaca seperti di Malaysia.. Jadi, adalah disyorkan untuk mengambil 25 biji pagi dan lagi 25 biji malam. Jika anda merasa panas juga, boleh dikurangkan dos. Jika anda tidak merasa panas/tiada effect, boleh tambahkan dos mengikut kesesuaian badan masing-masing.


Harga:

RM98 sekotak. Postage RM6.


Dalam 1 kotak = 6 bola putih
1 bola putih = 50 biji
So, 1 kotak = 300 biji

Makan 50 biji sehari (25 biji pagi, 25 biji malam) = 6 hari

atau jika anda terasa sedikit panas, boleh kurangkan dos kepada:

Makan 30 biji sehari (15 biji pagi, 15 biji malam) = 10 hari



Jadi, kepada yang nak mencuba Herba Maharani ni, boleh hubungi saya. Saya juga boleh poskan ke alamat anda di mana sahaja anda berada, tidak kira di Malaysia atau luar negara...

Terima kasih



Yours truly,



BARBARA
011-1404 7741