healthywonderland.blogspot.com

Thursday, 27 August 2015

Feminine Pad BIO SELEZA

Hari ni saya nak cerita tentang produk terbaru dari Hai-O iaitu Feminine Pad BIO SELEZA.




BIO SELEZA ni launch dalam bulan June 2014 masa Diamond Night event. Dalam kepala masa tu dok tertanya-tanya kenapa lah company keluarkan produk pad ni.. Yelah.. pad aje kot.. mana ada orang nak beli pad yang mahal kan?

Tapi bila diri sendiri dah tengok fungsi pad ni dan apa perbezaan nya dengan pad-pad yang ada di pasaran, terus terbuka mata dan hati serta jiwa nurani.. chewah.. Baru paham kenapa perlu bertukar kepada BIO SELEZA ni.





Ok zaman moyang-moyang kita dulu memang dorang menggunakan kain batik yang digunting kecil dan dilipat untuk dijadikan tadahan darah haid tu. Lepas dah digunakan mereka akan basuh dan pakai semula. Sebab tu dulu-dulu jarang dengar ada yang kena kanser serviks ke, kanser rahim ke kan..

Zaman mak-mak kita dah start guna pad atau tuala wanita ni.. Ingat dulu Allahyarhamah Mama guna brand Sanita kalau tak silap. Mana ada brand Kotex la, Laurier la bagai zaman tu kan.. 

Tapi sekarang ni lagi la macam-macam jenis Tuala Wanita ada.. bukan pad aje, tapi siap ada panty liner la, tampon la, over night la, ada wing la kan.. pastu brand pun ada macam-macam brand kat pasaran sekarang.. pilih je mana yang kita suka..

Kita pilih kadang-kadang bukan sebab kita tau sangat pun.. tapi selalu kita akan pilih brand yang popular, yang selalu keluar iklan.. betul tak?

Tapi korang tahu tak pad yang korang pakai setiap bulan tu diperbuat daripada apa?

Meh saya beritahu.. kebanyakkan brand2 tuala wanita di pasaran adalah diperbuat daripada:




Yup.. diperbuat dari RECYCLE PAPER atau kertas kitar semula.

Tau kan mana datang recycle paper ni? Kertas surat khabar, kertas atau buku-buku lama yang kita tak pakai, kertas yang orang guna untuk balut ayam, ikan, sotong, khinzir (ooppss) kat pasar tu dll. Semua kertas-kertas ni akan dikumpulkan di tempat kitar semula (yang confirm penuh dengan lipas, tikus dan haiwan-haiwan lain yang mungkin boleh kencing, berak atau mati di celah-celah kertas-kertas tersebut) sebelum diproses dan dibeli oleh kilang-kilang yang menggunakan recycle paper ni untuk produk-produk mereka termasuklah tuala wanita atau pad kita.



Ok.. untuk jadikan tuala wanita tu warna putih, lembut & fluffy, kertas-kertas recycle ni perlu dilunturkan menggunakan bahan kimia. Pastu kita pula letak kat tempat yang paling sensitif pada badan kita.. Sebab tu zaman sekarang ni banyak sangat masalah sakit puan seperti keputihan, radang, gatal-gatal dll.

Cuba bayangkan, kita dah start guna pad masa umur kita 10, 11 tahun kan.. Dalam jangka masa panjang, cuba bayangkan apa yang boleh jadi kesan dari penggunaan pad tu. Bahan-bahan kimia tu dah melekat dan sebati pada rahim dan vagina kita dan itu akan menyebabkan kanser ovari dan juga kanser pangkal rahim, iaitu pembunuh nombor 2 wanita selepas kanser payudara.

Jom tengok information di bawah ni..







Menakutkan betul kan? Memang.. selama ni kita tak tau pun kan..



KENAPA KITA PERLU TUKAR KEPADA BIO SELEZA


Ok.. yang paling penting, bahan-bahan dalam pembuatan tuala wanita.


BIO SELEZA yang diperbuat daripada kapas, mengandungi tenaga Bio Velocity, Far Infrared Rays (FIR), Nano Silver & Ion Negatif yang dapat membunuh bakteria dengan berkesan disamping membantu melancarkan peredaran darah dan memberi tenaga.








SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN BIO SELEZA?

  • Semua perempuan/wanita yang sudah datang haid
  • Mereka yang mengalami masalah senggugut, keputihan atau masalah-masalah sakit puan yang lain
  • Mereka yang selalu lesu dan penat. Teknologi Bio Velocity boleh membantu memberi tenaga
  • Ibu berpantang: Boleh ditampal di dalam stokin untuk membantu peredaran darah dan memanaskan badan.
  • Ibu mengandung: Boleh memberi tenaga, mengelakkan masalah keputihan, kencing kotor atau terkencing semasa batuk atau bersin.
  • Wanita yang kurang libido atau susah untuk dirangsang. Sesuai untuk yang sudah monopause juga.
  • Lelaki: Boleh membantu masalah buasir, angin pasang, meningkatkan libido dan kelakian & pelbagai fungsi lain melalui Tenaga BioVelocity.

HARGA BIO SELEZA


Ok.. BIO SELEZA datang dalam 3 kotak.

Setiap kotak ada 6 packs pad.





1. Mixed Box
Dalam Mixed Box ni ada:

1 x Night Safe 330mm (extra long) 8 pads/pack
1 x Night Safe 290mm 8 pads/pack
2 x Day Safe 245mm 10 pads/pack
2 x Pantyliner 155mm 30 pads/pack

Total = 96 pieces

Harga pasaran: RM167 per box


2. Day Safe Box
Dalam Day Safe Box ni ada:

6 x Day Safe 245mm 10 pads/pack

Total = 60 pieces

Harga pasaran: RM163 per box


3.Day Safe Box
Dalam Night Safe ni ada:

6 x Night Safe 290mm 8pad/pack

Total = 48 pieces

Harga pasaran: RM163 per box


4.Pantyliner Box
Dalam Pantyliner Box ni ada:

6 x Pantyliner 155mm 30 pads/pack

Total = 180 pieces

Harga pasaran: RM177 per box



1 comment:

  1. New Jersey's 888 Casino | New Jersey | JTM Hub
    The new $750 million casino, located at 광명 출장안마 the end 김제 출장샵 of the Las 안성 출장마사지 Vegas 하남 출장안마 Strip, has more than a dozen slots, 구미 출장마사지 table games, and poker tables,

    ReplyDelete